Monday, February 17, 2014

TBHS Kata Praklausa

2) KATA PRAKLAUSA

Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,dan kata pangkal ayat.

Kata Seru
  • Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. 
Contoh kata: cis , amboi, wah, syabas dan aduh.

1. Cis, penakut rupanya!
2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).


Kata Tanya

  •  Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

Kata
Ayat tanya
Tanpa partikel "kah"
Dengan partikel "kah"
Ada
Tiada
Adakah cara saya ini betul?
Apa
Apa yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila
Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa
Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
Mana
Mana ibu?
Manakah ibu?
Siapa
Siapa nama jiran baru kamu?
Siapakah nama jiran baru kamu?

 
Kata Perintah
  •  Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhanayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. 
Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong
Contoh ayat:
1.   Jangan ambil buku daripada almari itu.
2.   Sila masuk ke dewan sekarang juga.
            3.  Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan



Kata Pembenar  
  • Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.


Contoh kata: ya,betul,benardan sungguh




Kata Pangkal Ayat

  • Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama 
         
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 

Contoh ayat:
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala,ada seekor arnab ingin menunjukkan akan kehebatannya kepada seluruh haiwan rimba dengan mengajak seekor kura-kura untuk berlumba dengannya.

No comments:

Post a Comment