Thursday, February 13, 2014

MG Binaan Plot

MG Binaan Plot 

I. PERMULAAN

• Pengarang memperkenalkan watak utama,Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah.
• Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abang tentang jawatan pengawas yang disandang oleh abangnya. Badri merasakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
• Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
• Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi punca perselisih antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

II. PERKEMBANGAN

• Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk mencari pelakunya dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru displin.
• Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
• Hubungan Badri dan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan kegiatan penjualan telefon bimbit tersebut.
• Shahrul dan rakan-rakan yang terlibat dengan kegiatan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
• Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit.
• Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.
• Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana Jamil merahsiakan lokasinya.
• Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan mula sikap. Begitu juga dengan Kumar yang insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
• Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Shahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan jalan raya.
• Badri dan Siew Mei mendapat 9A dan Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
• Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah rampasan telefon bimbit. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisplin dan memberi tumpuan terhadap pelajaran.
• Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua.

III. KLIMAKS

• Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap orang.
• Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong.Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
• Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila Cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
• Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

IV. PELERAIAN

• Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
• Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan perlancongan di UiTM.
• Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
• Jamil dan Taufik berkongsi perniagaan membuka resort di Terengganu.
• Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
• Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
• Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
• Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan akan mendatang.

No comments:

Post a Comment