Tuesday, January 28, 2014

MG : Watak dan Perwatakan

Novel Merenang Gelora - Watak dan Perwatakan








Watak Utama

Badri
  • Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
  • Seorang pengawas sekolah
  • Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
  • Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
  • Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
  • Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
  • Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
  • Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang 
  • berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
  • Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
  • Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan

Shahrul
  • Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
  • Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
  • Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
  • Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri  semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
  • Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
  • Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
  • Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

  • Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
  • Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
  • Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
  • Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira
  • Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
  • Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
  • Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
  • Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
  • Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
  • Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
  • Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya  yang agak terdedah dan mencolok mata.
  • Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong
  • Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
  • Rakan kepada Shahrul dan Kumar
  • Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
  • Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
  • Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar
  • Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
  • Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
  • Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
  • Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
  • Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
  • Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil
  • Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
  • Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
  • Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
  • Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu Jailani
  • Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
  • Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
  • Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
  • Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
  • Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.


MG : Latihan Persoalan

Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoalan tanggungjawab terhadap tugas ?
 
Jawapan:
            Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
            Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membenteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
            Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa Meng Kong.
            Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin untuk memberi denda kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
 

MG : Tema dan Persoalan

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA

Novel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui watak utama,Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

PERSOALAN

i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.a. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

ii. Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anakContoh: Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan.
iii. Hasad dengki dalam persahabatan.

Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama

iv. Tanggungjawab terhadap tugas .

Contoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil.
v. Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah.

Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

vi. Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.
viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.

Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap oleh polis.


ix. Berdiri untuk mendapatkan pengalaman.

Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri sementara menungu keputusan SPM.

x. Perpaduan kaum.Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

KRG Wawancara

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapatdikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun 
Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, 
pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui 
adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah 
jenayah?

Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.

Pegawai Polis : Sama-sama.



PANDUAN : KRG Wawancara

Karangan berformat wawancara


  1. Lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara.
  2. Karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
  3. Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.
  4. Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Lihat contoh :
Hassan diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar, Encik Ahmad sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
Format karangan wawancara
  1. Nama watak ditulis selari di sebelah kiri
  2. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
Contoh :
Hassan : Salam sejahtera, Cikgu.
Cikgu Ahmad : Salam sejahtera
Hassan : Apa khabar Cikgu?
Cikgu Ahmad :….
  • Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
  • Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang 
  • dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, atau pun 
  • Makcik.
  • Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah.
  • Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah.
  • Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam wawancara itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
  • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
  • Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….
  • Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
  • Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati 
  • dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
  • Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
  • soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
  • Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Sebagai seorang editor majalah sekolah. Anda diminta untuk mewawancara salah seorang pelajar cermelang PMR sekolah anda untuk dimuatkan dalam majalah sekolah tersebut. Tuliskan sebuah wawancara lengkap.
NAJWA : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Alisa. Terima kasih kerana meluangkan masa saudari untuk di wawancara. Sempena kejayaan saudari memperolehi keputusan yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini. Terlebih dahulu saya ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan saudari
ALISA : Pertama sekali terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya. Sebenarnya tiada rahsia yang penting melainkan usaha yang gigih dalam mencapai cita-cita yang mendorong saya berjaya dalam peperiksaan kali ini. Saya menanamkan sifat tidak putus asa dalam mengejar ilmu pengetahuan.
NAJWA : selain itu, mungkin ada cara yang boleh saudari kongsi bersama supaya menjadi panduan kepada pelajar lain. Rahsia kejayaan saudari ini?
ALISA : Ok. kita kena menetapkan niat kenapa kita belajar dan sentiasa perbaharui niat kita supaya kita tidak lupa apakah tujuan kita belajar. Keduanya,kita harus ingat bahawa belajar itu juga merupakan ibadah.. Antara tips-tips belajar yang boleh saya kongsikan bersama, pertama susun strategi bagaimana cara untuk kita kuasai mata pelajaran tersebut. Disamping itu, kita haruslah menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar di 
hadapan. Sekiranya ada kemusykilan jangan malu bertanya kerana ‘orang yang malu bertanya akan sesat jalan’.
NAJWA : Bagaimana pula saudari membahagikan masa belajar dengan membuat aktiviti sukan? Adakah saudari seorang yang aktif dalam bidang sukan?
ALISA : Untuk menjadi seorang yang berjaya pada saya, kejayaan buka diukur dengan berjayanya kita dalam kurikulum sahaja. Bidang kurikulum ini juga perlu seimbang dengan bidang ko-kurikulum. Saya juga seorang yang aktif dalam bidang ko-kurikulum. Saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.
NAJWA : Akhir sekali apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan lain diluar sana?
ALISA : Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-sama lah kita menuntut ilmu dan jangan mudah menyerah kerana dengan ilmu pengatahuan sahaja mampu 
merubah kehidupan kita.
NAJWA: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari. Kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan dengan kami.
ALISA : sama-sama


Thursday, January 23, 2014

PERIBAHASA : Pepatah


PEPATAH
Maksud  : Pepatah merupakan sejenis peribahasa berungkap. Biasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur  pengajaran.
1.    Ada gula adalah semut.
= Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
2.    Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
= Seseorang yang membuat kebaikan atau kejahatan tetap mendapat balasannya.
3.    Air dicincang, tiada putus.
= Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
4.    Air pun ada pasang surutnya.
= Nasib manusia tidak dapat ditentukan
5.    Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
= Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
6.    Alah bisa tegal biasa.
= Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
7.    Alah membeli menang memakai.
= Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
8.    Alah sabung menang sorak.
= Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak
9.    Alang-alang mandi biar basah.
= Pekerjaan yang baik hendaklah disempurnakan sampai habis.
10. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
= Jika sudah terlanjur jahat, teruskanlah hingga mendapat hasilnya.
11. Anak di pangkuan dilepaskan, beruk di rimba disusui.
= melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri.
12. Angguk bukan geleng ya.
= Lain di mulut lain di hati.
13. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
= Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya.
14. Bahasa menunjukkan bangsa.
= Budi bahasa seseorang menggambarkan kelakuan orang tersebut.
15. Bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru.
= Perbuatan jahat tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
16. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya.
= Kegemaran, kemahuan, dan pendapat setiap orang adalah berlainan.
17. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam.
= Seseorang yang pada mulanya bodoh, jika rajin berusaha, akhirnya akan berjaya.
18. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, berakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
= Biar susah dahulu sebelum mendapat kesenangan.
19. Berani kerana benar, takut kerana salah.
= Orang yang bersalah akan berasa takut sementara orang yang tidak bersalah berani menghadapi kenyataan.
20. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
= Setaraf.
21. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
= Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula.
22. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
= Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita turut berasa susah.
23. Diam ubi berisi, diam penggali berkarat.
= Diam orang berilmu berfikir. Diam orang bodoh sia-sia sahaja.
24. Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung.
= Kita hendaklah mengikut undang-undang atau peraturan tempat kita menetap.
25. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
= Pilihan yang terpaksa diambil sama penting.
26. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek rosak.
= Orang yang lemah tidak berdaya melawan orang yang kuat.
27. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
= Orang yang mementingkan diri sendiri.
28. Enggang sama enggang, pipit sama pipit baru dapat terbang sama.
= Perhubungan seseorang yang sama taraf.
29. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
= Orang yang berjasa apabila mati akan dikenang selama-lamanya.
30. Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.
= Suami isteri atau sanak-saudara ada kalanya berselisih faham juga.
31. Gunung yang tinggi pun akan runtuh jika setiap hari digali.
= Harta akan habis jika digunakan dengan boros tanpa ditambah.
32. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
= Kalau orang tua berperangai buruk, orang muda yang melihatnya akan berperangai lebih 

buruk.
33. Habis manis sepah dibuang.
= Setelah tidak berguna, ditinggalkan tidak pedulikan lagi.
34. Harapkan pagar, pagar makan padi.
= Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu tetapi dia yang mengkhianatinya.
35. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
= Jika kita hendakkan sesuatu kita akan berusaha sehingga berjaya, jika tidak mahu kita akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.
36. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
= Suka menonjol-nonjolkan diri walaupun tidak diperlukan.
37. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
= Walau bagaimanan baik dan kaya negeri lain,lebih baik tinggal di negeri sendiri.
38. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.
= Budi seseorang tidak dapat dibayar dengan wang, melainkan diingat seumur hidup.
39. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
= Semakin banyak ilmu seseorang dan semakin tinggi pangkalnya, dia semakin merendah diri.
40. Indah khabar daripada rupa.
=Khabar yang dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.
41. Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.
= Walaupun kaya tetapi hidup susah.
42. Jauh di mata, dekat di hati.
= Walaupun tinggal berjauhan tetapi sentiasa diingati.
43. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
= Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.
44. Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang.
= Jika tidak benar sesuatu perkara itu, tidak mungkin diceritakan orang.
45. Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
= Orang yang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan menjadi hina jika bergaul dengan orang biasa.46. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
= Kehidupan orang miskin amat susah, pendapatannya pun hanya cukup untuk masa itu sahaja.
47. Kalah jadi abu, menang jadi arang.
= Sesuatu pergaduhan sama ada menang atau kalah tidak membawa apa-apa keuntungan.
48. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
= Orang yang berketurunan baik, ke mana sahaja  dia pergi akan baik juga jadinya.
49. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
=  Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika sebelah pihak sahaja yang setuju.
50. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
= Pengetahuan buka ada pada orang tua sahaja, tetapi juga ada pada orang muda.
51. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
= Peribadi anak akan mengikut peribadi ibu bapanya.
52. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
= Orang yang menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti yang dinasihatinya.
53. Lain dulang lain isinya, lain orang lain hatinya.
54. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya.
= Orang lain yang berbuat salah, orang lain yang dituduh.
55. Lembu punya susu, sapi dapat nama.
= Orang lain yang berbudi, orang lain yang dapat nama.
56. Lempar batu sembunyi tangan.
= Orang yang cuba menyembunyikan kesalahannya.
57. Lukanya telah sembuh, parutnya tinggal jua.
= Perselisihan faham yang telah dimaafkan tetap akan teringat jua.
58. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
= kalau hendak mendidik anak biarlah dari kecil.
59. Membuka pekung di 
60. Menanti kucing bertanduk.
=Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi.
61. Mencurah air ke daun keladi.
= Nasihat yang diberi sia-sia sahaja.
62. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
= Menegur keburukan orang sedangkan keburukan sendiri lebih teruk.
63. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
= Menceritakan keburukan keluarga tetapi diri sendiri yang dapat malu.
64. Nasi sudah menjadi bubur.
= Keterlanjuran yang tidak dapat dibaiki lagi.
65. Nasi tak dingin pinggan tak retak.
66. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
= Kita hendaklah membalas pemberian orang lain dan perlu mengucapkan terima kasih.
67. Orang mengantuk disorong bantal.
= Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
68. Patah tumbuh hilang berganti.
= Sesuatu yang pergi pasti ada pengganti.
69. Pucuk dicita ulam mendatang.
= Mendapat lebih daripada yang dikehendaki.
70. Pukul anak sindir menantu.
= Sindiran yang dikatakan bukan untuk orang yang dicakapkan tetapi untuk orang 
= Sikap tolong menolong.
72. Ringan tulang berat perut.
= Seseorang yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki.
73. Sambil menyelam minum air.
= Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
74. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya.
= Jika kita tersilap kata kita tidak dapat menarik balik kata-kata tersebut dan kita akan menanggung akibat buruknya.
75. Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
= Sesuatu yang masih elok walaupun masa telah lama berubah.
76. Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-
77. Tidur tak lena mandi tak basah.
= Terlalu susah hati memikirkan sesuatu.
78. Tinggal kain sehelai sepinggang.
= Semua kerja hilang kerana ditimpa bencana.
79. Ukur baju di badan sendiri.
= Melakukan sesuatu mestilah mengikut kemampuan.
80. Ulat di dalam batu pun boleh hidup.
= Orang yang berusaha tetap akan mendapat rezeki.
81. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
= Kerana kejahatan yang sedikit, segala kebaikan tercemar.
82. Segan bertanya, sesat jalan.
= Orang yang tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan.
83. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
= Sepandai-pandai seseorang itu pasti akan membuat silap.
84. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
= Sebelum membuat keputusan fikirlah samasak-masaknya supaya tidak menyesal.
85. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
= Sudah dapat sesuatu yang baru, yang lama terus dibuang.
86. Tak mungkin pisang berbuah dua kali.
= Seseorang yang telah tertipu sekali akan sentiasa beringat pada masa akan datang.
87. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
= Jika bernasib baik akan mendapat kejayaan, jika bernasib malang akan mendapat kerugian.
88. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
= Keuntungan yang didapati dengan mudah.
89. Yang dikejar tak dapat, yang dibendung keciciran.
= Sesuatu perkara yang diharap tidak diperolehi, yang ada hilang pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan