Thursday, January 23, 2014

PERIBAHASA : Pepatah


PEPATAH
Maksud  : Pepatah merupakan sejenis peribahasa berungkap. Biasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur  pengajaran.
1.    Ada gula adalah semut.
= Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
2.    Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
= Seseorang yang membuat kebaikan atau kejahatan tetap mendapat balasannya.
3.    Air dicincang, tiada putus.
= Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
4.    Air pun ada pasang surutnya.
= Nasib manusia tidak dapat ditentukan
5.    Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
= Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
6.    Alah bisa tegal biasa.
= Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
7.    Alah membeli menang memakai.
= Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
8.    Alah sabung menang sorak.
= Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak
9.    Alang-alang mandi biar basah.
= Pekerjaan yang baik hendaklah disempurnakan sampai habis.
10. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
= Jika sudah terlanjur jahat, teruskanlah hingga mendapat hasilnya.
11. Anak di pangkuan dilepaskan, beruk di rimba disusui.
= melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri.
12. Angguk bukan geleng ya.
= Lain di mulut lain di hati.
13. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
= Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya.
14. Bahasa menunjukkan bangsa.
= Budi bahasa seseorang menggambarkan kelakuan orang tersebut.
15. Bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru.
= Perbuatan jahat tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
16. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya.
= Kegemaran, kemahuan, dan pendapat setiap orang adalah berlainan.
17. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam.
= Seseorang yang pada mulanya bodoh, jika rajin berusaha, akhirnya akan berjaya.
18. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, berakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
= Biar susah dahulu sebelum mendapat kesenangan.
19. Berani kerana benar, takut kerana salah.
= Orang yang bersalah akan berasa takut sementara orang yang tidak bersalah berani menghadapi kenyataan.
20. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
= Setaraf.
21. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
= Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula.
22. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
= Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita turut berasa susah.
23. Diam ubi berisi, diam penggali berkarat.
= Diam orang berilmu berfikir. Diam orang bodoh sia-sia sahaja.
24. Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung.
= Kita hendaklah mengikut undang-undang atau peraturan tempat kita menetap.
25. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
= Pilihan yang terpaksa diambil sama penting.
26. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek rosak.
= Orang yang lemah tidak berdaya melawan orang yang kuat.
27. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
= Orang yang mementingkan diri sendiri.
28. Enggang sama enggang, pipit sama pipit baru dapat terbang sama.
= Perhubungan seseorang yang sama taraf.
29. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
= Orang yang berjasa apabila mati akan dikenang selama-lamanya.
30. Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.
= Suami isteri atau sanak-saudara ada kalanya berselisih faham juga.
31. Gunung yang tinggi pun akan runtuh jika setiap hari digali.
= Harta akan habis jika digunakan dengan boros tanpa ditambah.
32. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
= Kalau orang tua berperangai buruk, orang muda yang melihatnya akan berperangai lebih 

buruk.
33. Habis manis sepah dibuang.
= Setelah tidak berguna, ditinggalkan tidak pedulikan lagi.
34. Harapkan pagar, pagar makan padi.
= Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu tetapi dia yang mengkhianatinya.
35. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
= Jika kita hendakkan sesuatu kita akan berusaha sehingga berjaya, jika tidak mahu kita akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.
36. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
= Suka menonjol-nonjolkan diri walaupun tidak diperlukan.
37. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
= Walau bagaimanan baik dan kaya negeri lain,lebih baik tinggal di negeri sendiri.
38. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.
= Budi seseorang tidak dapat dibayar dengan wang, melainkan diingat seumur hidup.
39. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
= Semakin banyak ilmu seseorang dan semakin tinggi pangkalnya, dia semakin merendah diri.
40. Indah khabar daripada rupa.
=Khabar yang dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.
41. Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.
= Walaupun kaya tetapi hidup susah.
42. Jauh di mata, dekat di hati.
= Walaupun tinggal berjauhan tetapi sentiasa diingati.
43. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
= Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.
44. Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang.
= Jika tidak benar sesuatu perkara itu, tidak mungkin diceritakan orang.
45. Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
= Orang yang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan menjadi hina jika bergaul dengan orang biasa.46. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
= Kehidupan orang miskin amat susah, pendapatannya pun hanya cukup untuk masa itu sahaja.
47. Kalah jadi abu, menang jadi arang.
= Sesuatu pergaduhan sama ada menang atau kalah tidak membawa apa-apa keuntungan.
48. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
= Orang yang berketurunan baik, ke mana sahaja  dia pergi akan baik juga jadinya.
49. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
=  Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika sebelah pihak sahaja yang setuju.
50. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
= Pengetahuan buka ada pada orang tua sahaja, tetapi juga ada pada orang muda.
51. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
= Peribadi anak akan mengikut peribadi ibu bapanya.
52. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
= Orang yang menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti yang dinasihatinya.
53. Lain dulang lain isinya, lain orang lain hatinya.
54. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya.
= Orang lain yang berbuat salah, orang lain yang dituduh.
55. Lembu punya susu, sapi dapat nama.
= Orang lain yang berbudi, orang lain yang dapat nama.
56. Lempar batu sembunyi tangan.
= Orang yang cuba menyembunyikan kesalahannya.
57. Lukanya telah sembuh, parutnya tinggal jua.
= Perselisihan faham yang telah dimaafkan tetap akan teringat jua.
58. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
= kalau hendak mendidik anak biarlah dari kecil.
59. Membuka pekung di 
60. Menanti kucing bertanduk.
=Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi.
61. Mencurah air ke daun keladi.
= Nasihat yang diberi sia-sia sahaja.
62. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
= Menegur keburukan orang sedangkan keburukan sendiri lebih teruk.
63. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
= Menceritakan keburukan keluarga tetapi diri sendiri yang dapat malu.
64. Nasi sudah menjadi bubur.
= Keterlanjuran yang tidak dapat dibaiki lagi.
65. Nasi tak dingin pinggan tak retak.
66. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
= Kita hendaklah membalas pemberian orang lain dan perlu mengucapkan terima kasih.
67. Orang mengantuk disorong bantal.
= Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
68. Patah tumbuh hilang berganti.
= Sesuatu yang pergi pasti ada pengganti.
69. Pucuk dicita ulam mendatang.
= Mendapat lebih daripada yang dikehendaki.
70. Pukul anak sindir menantu.
= Sindiran yang dikatakan bukan untuk orang yang dicakapkan tetapi untuk orang 
= Sikap tolong menolong.
72. Ringan tulang berat perut.
= Seseorang yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki.
73. Sambil menyelam minum air.
= Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
74. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya.
= Jika kita tersilap kata kita tidak dapat menarik balik kata-kata tersebut dan kita akan menanggung akibat buruknya.
75. Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
= Sesuatu yang masih elok walaupun masa telah lama berubah.
76. Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-
77. Tidur tak lena mandi tak basah.
= Terlalu susah hati memikirkan sesuatu.
78. Tinggal kain sehelai sepinggang.
= Semua kerja hilang kerana ditimpa bencana.
79. Ukur baju di badan sendiri.
= Melakukan sesuatu mestilah mengikut kemampuan.
80. Ulat di dalam batu pun boleh hidup.
= Orang yang berusaha tetap akan mendapat rezeki.
81. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
= Kerana kejahatan yang sedikit, segala kebaikan tercemar.
82. Segan bertanya, sesat jalan.
= Orang yang tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan.
83. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
= Sepandai-pandai seseorang itu pasti akan membuat silap.
84. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
= Sebelum membuat keputusan fikirlah samasak-masaknya supaya tidak menyesal.
85. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
= Sudah dapat sesuatu yang baru, yang lama terus dibuang.
86. Tak mungkin pisang berbuah dua kali.
= Seseorang yang telah tertipu sekali akan sentiasa beringat pada masa akan datang.
87. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
= Jika bernasib baik akan mendapat kejayaan, jika bernasib malang akan mendapat kerugian.
88. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
= Keuntungan yang didapati dengan mudah.
89. Yang dikejar tak dapat, yang dibendung keciciran.
= Sesuatu perkara yang diharap tidak diperolehi, yang ada hilang pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan




No comments:

Post a Comment