Monday, January 6, 2014

MR Sinopsis Bab 11 - 22

Bab 11 Tertangkap
Meng Kong bangun awal pada pagi  Sabtu. Selepas bersarapan. Meng ,Meng belum sampai. Meng Kong masuk ke stor. Dia mengambil 4 buah telefon bimbit  terpakai dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Selepas Ah Meng tiba untuk memulakan tugas, Mengkong keluar untuk berjumpa dengan Kumar. Dia menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Kumar untuk dijual. Ah Meng menonton rakaman CCTV di komputer. Dia telah memasang  CCTV di stor tanpa pengetahuan Meng Kong.Ah Meng dapat mengesan Meng Kong telah masuk ke stor dan mengambil telefon bimbit di stor tersebut. En. Tan bapa Meng Kong datang ke kedai dan Ah Meng memberitahu perbuatan Meng Kong kepada majikannya. Meng Kong kembali ke kedai.Ah Meng memberitahu bahawa bapa Meng Kong ingin berjumpa.Akhirnya kegiatan Meng Kong terbongkar.En Tan meminta anaknya mengubah. Dia juga membuat keputusan untuk menempatkan Meng Kong di asrama.En. Tan menemui pengetua dan Cikgu Jailani untuk menceritakan perihal anaknya. Dalam mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, isu telefon bimbit telah dibangkitkan oleh ibu bapa.En. Tan  meminta maaf  kepada  ibu bapa yang  menghadapi masalah akibat perbuatan Meng Kong.
                                                         
Bab 12 Suasana Baharu
Meng Kong kini ting, al di asrama. Dia berasa rimas kerana terpaksa berkongsi bilik dengan murid lain. Tambahan pula di asrama tidak ada kemudahan dan kemewahan seperti di rumahnya. Namun dia berasa lega apabila Taufik yang peramah banyak membantunya. Malam  itu Meng Kong berjaya menyiapkan kerja sekolah Prinsip Perakaunan buat kali pertama. Selama ini dia hanya meniru Amar, rakan sekelasnya. Malam pertama di asrama dia berasa sukar untuk tidur. Menjelang awal pagi pula,suasana di asrama riuh rendah dengan suara murid-murid yang  bangun awal. Murid Muslim perlu ke surau pada pukul 6.00  pagi. Meng Kong terpaksa membiasakan dirinya dengan suasana baharu itu. Ketika di sekolah dia berjumpa dengan Shahrul dan Kumar. Shahrul bertanya tentang urusan perniagaan mereka dan mahu aktiviti mereka diteruskan. Meng  Kong enggan kerana dia bimbang ayahnya akan menghantarnya ke kampung untuk tinggal bersama-sama datuknya yang garang. Keengganan Meng Kong menyebabkan Shahrul naik marah. Dia memegang kolar baju Meng Kong dan cuba menumbuknya. Namun Badri dapat menghalang niat Shahrul. Badri membawa Meng Kong, Shahrul, dan Kumar berjumpa dengan Cikgu Jailani. Meng Kong menceritakan perihal ugutan Shahrul. Akhirnya Shahrul uan Kumar didenda dengan dua sebatan. Shahrul dan Kumar bertekad untuk mencari jalan agar Meng Kong dibuang dan asrama.

Bab 13 Jiwa Remaja: Badri bersiap-siap untuk keluar .Badrul memberitahu ibunya bahawa Badri sudah mempunyai teman wanita. Badri keluar dengan Nadira untuk menonton persembahan teater. Nadira tidak dapat menumpukan perhatian terhadap persembahan kerana dihantui oleh perasaan cemburu terhadap Siew Mei. Selepas persembahan teater, Badri dan Nadira pulang ke rumah masing-masing. Ketika Badri sampai di rumah, Badrul memberitahu bahawa Jamil menelefon dan ingin bercakap dengan Badri. Tanpa berlengah, Badri menghubungi Jamil. Kata Jamil ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Badri, tetapi dia akan memberitahu Badri keesokan harinya. Badri tidak sabar untuk mengetahuinya. Badri meneiefon Jamil pada pagi esoknya, tetapi Jamil tidak ada di rumah. Badri semakin tertanya-tanya. Di sekolah. Badri mencari Kumar. Dia mengajak Taufik ke kelas Kumar. Mereka terserempak dengan Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong. Badri menangkap Kumar. Pada mulanya Kumar berbohong dengan mengatakan Meng Kong yang menyuruhnya. Namun, setelah Meng Kong datang. semuanya terjawab. Kumar mengaku bahawa Shahrul yang menyuruhnya berbuat demikian untuk menganiaya Meng Kong. Kumar dihantar untuk berjumpa dengan Cikgu Jailani. Kemudian dia diberikan kaunseling oleh Cikgu Fatima. Kumar berasa lega kerana tidak digantung sekolah.

Bab 14 Di Persimpangan: Kumar menghabiskan cuti hujung minggu di rumah. Dia mula insaf akan kesilapannya selepas menerima kaunseling daripada Cikgu Fatima. Dia juga tidak mahu menghampakan harapan ibu bapanya. Kumar teringat pertemuannya dengan Shahrul. Rakannya itu masih mendesak agar dia meneruskan kegiatannya. Namun Kumar tetap enggan. Shahrul mencuba berbagai-bagai cara untuk memujuk Kumar tetapi semuanya tidak berhasil. Kumar benar-benar telah insaf dan berubah. Selepas cuti hujung minggu, Kumar kembali ke sekolah dengan tenang. Shahrul datang berjumpa dengannya lagi. Shahrul meminta bantuan Kumar untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 Kehilangan yang Misteri: Sudah sebulan Jamil menghilangkan diri. Badri tidak lagi mencarinya. Akhir-akhir ini Badri rapat dengan Kumar, tetapi ingatannya terhadap Jamil tetap kukuh. Badri juga berasa lega kerana tiada lagi kes melanggar disiplin beriaku di sekolah. Kumar dan Meng Kong telah berubah. Siew Mei masuk ke pusat sumber. Dia terbaca berita tentang kejadian tembak-menembak antara pihak polis dengan sindiket pengedaran dadah. Siew Mei terkejut membaca nama Amran disebut sebagai antara yang terbunuh. Siew Mei pernah ternampak Amran berbual-bual dengan Jamil di gerai ibunya dahulu. Siew Mei memberitahu Badri berita tersebut. Badri menjadi cemas memikirkan keselamatan Jamil.


Bab 16 Tersayat Pedih: Berita kematian Amran telah mengubah kehidupan Shahrul. Selepas balik dari sekolah, dia hanya memerap di rumah. Dia teringat akan Nadira. Dia sudah bertemu dengan Nadira dan memohon maaf, tetapi reaksi Nadira terhadapnya tidak dapat diterima. Nadira turut menceritakan sikap buruk Shahrul kepada Badri, menyebabkan Shahrul semakin tertekan. Suatu petang Shahrul berjumpa rakan-rakannya. Ketika itu dia ternampak Badrul pulang daripada menjalani latihan bola sepak di sekolah. Shahrul menyuruh rakannya memukul Badrul. Namun suruhan itu ditolak oleh rakannya. Shahrul naik berang lalu menghidupkan enjin motosikalnya. Dia memecut laju. Malangnya dia terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Badrul dan rakan-rakannya menolong Shahrul yang dihempap motosikal. Badrul juga menahan teksi dan membawa Shahrul ke hospital. Dalam hatinya Shahrul berterima kasih kepada Badrul. Berita kemalangan Shahrul tersebar di sekolah. Kumar memberitahu badri bahawa Shahrul sebenarnyaingin mencederakan Badrul. Siew Mei pula tegas tidak mempercayai bahawa Kumar telah insaf. Nadira mula risau tentang Shahrul. Dia memberitahu Badri bahawa Shahrul telah berubah.

Bab 17 Mangsa Fitnah: Badri sering mengajak Kumar dalang ke rumahnya untuk belajar. Pada hujung minggu Kumar juga sering tidur di rumah Badri. Hubungan mereka semakin akrab. Suatu hari, ketika kelas Matematik berlangsung, Cikgu Jailani meminta Badri menunjukkan pengiraan di papan tulis. Tidak semena-mena terdengar bunyi telefon bimbit.Setelah disiasat, telefon itu ada di dalam beg Badri. Akibatnya semua orang memandang serong terhadap Badri. Cikgu Jailani membawa Badri untuk disoal siasat. Badri menafikan telefon bimbit itu miliknya, malahan dia tidak pernah memiliki telefon bimbit. Cikgu Jailani mempercayai kata-kata Badri. Dia tahu ada orang yang mahu menganiaya Badri. Orang yang disyaki lalah Shahrul. Cikgu Jailani mahu menyiasat perkara tersebut. Sementara itu berita Badri ditangkap kerana membawa telefon bimbit tersebar dengan pantas. Nadira menyindir Badri dengan kata-kata yang sinis. Shahrul turut menempelak Badri. Namun Badri mendakwa Shahrul terlibat dalam perkara tersebut. Siew Mei berjumpa dengan Badri untuk memberikan sokongan. Akhirnya Siew Mei berjaya meyakinkan Badri bahawa dia dan Taufik telah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

Bab 18 Pentas Sandiwara: Taufik berbual dengan Badri tentang Nadira yang menjauhi Badri. Pada Badri, dia berkawan dengan semua orang dan tidak pernah menganggap Nadira sebagai istimewa. Tiba-tiba mereka terdengar suara orang bertengkar di dalam bilik darjah yang kosong. Badri dan Taufik menyiasat dan mendapati Shahrul dan Kumar yang bertengkar tentang telefon bimbit. Badri mula mengesyaki Shahrul dan Kumar terlibat dalam komplot menganiaya dirinya. Tanpa berlengah, Badri mendapatkan Kumar untuk mendapatkan pen|elasan. Shahrul terus memarahi Kumar. Pergaduhan hampir tercetus. Lokman datang dan menghalang pergaduhan lersebut. Shahrul dan Kumar dibawa ke bilik pengawas. Shahrul bercakap kasar dan memandang rendah kepada Lokman walaupun Lokman ialah ketua pengawas sekolah. Lokman terus menasihati Shahrul dan akhirnya melepaskan Shahrul. Badri memberitahu Lokman dia seolah-olah patah semangat. Lokman pula terus memberikan keyakinan kerana Badri seorang pengawas yang terbaik pernah ditemuinya. Badri bersyukur kerana Taufik dan Siew Mei terus menyokong  semua tindakannya.

Bab 19 Cerita Baharu: Badri, Taufik, dan Siew Mei makan di kantin. Kemudian Meng Kong datang dan duduk Dersama-sama mereka. Badri bertanya Meng Kong tentang Kumar. Kata Meng Kong, dia yakin Kumar telah insaf. Siew Mei masih ragu-ragu tentang perubahan Kumar. Meng Kong luga bercerita tentang Shahrul. Katanya Shahrullah yang menjadi punca semua masalah. Dia sangal degil dan terlibat dengan sindiket yang diketuai oleh Amran. Ibu bapa Shahrul pula sering menyebelahinya. Shahrul kurang mendapat perhatian ibu bapanya yang sering sibuk dengan kerja. Badri memuji Taufik yang cekap mendapatkan cerita.

Bab 20 Hati yang Luka: Badri duduk seorang din di belakang bangunan sekolah. Dia sedang berfikir tentang Nadira. Siew Mei dan Taufik datang menemuinya Semasa bercakap, Badri telah tersasul menyebut nama Siev. Mei sebagai Nadira. Siew Mei yang berasa tersinggung dan merajuk terus meninggalkan Badri. Badri meminta Taufik menyampaikan permohonan maafnya kepada Siew Mei tetapi Taufik enggan berbuat demikian. Sebaliknya Taufik menyuruh Badri sendiri yang berbuat demikian. Taufik menyalahkan Badri kerana tidak tahu menilai keikhlasan Siew Mei.Badri berasa tertekan. Dia juga tidak dapat menerima tindakan Nadira yang seolah-olah menghukumnya. Badri ke ruruah Pak Alang untuk berbual. Nadira juga datang ke rumah Pak Alang bersama-sama Shahrul. Badri mahu pulang tetapi dihalang oleh Mak Alang yang ingin mengirimkan kuih kepada ibu Badri. Nadira bermuka-muka dengan Badri. Shahrul juga turut menyindir dan menyakiti hati Badri. Badri mengambil peluang untuk menempelak Shahrul. Katanya Shahrul sedang dicari oleh Cikgu Jailani kerana kesalahannya memfitnah. Nadira tetap menuduh Badri sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Tiba-tiba telefon bimbit Shahrul herbunyi. Wajahnya berubah semasa menjawab panggilan. Kemudian dia meminta diri dan bergegas pergi. Katanya dia ada urusan penting dan meminta Nadira tinggal di situ. Dia berjanji akan datang menjemput Nadira. Namun, Shahrul tidak muncul lagi selepas itu.

Bab 21 Harapan: Siew Mei telah memaafkun Badri. Mereka bersedia untuk menghadapi pepenksaan SPM. Setelah peperiksaan selesai, Badri. Taufik. dan Siew Mei berkumpul untuk kali terakhir sebelum bercuti. Mereka membincangkan perancangan masa depan. Siew Mei ingin bertemu kakaknya di Tokyo. Badri dan Taufik pula ke pantai timur untuk bekerja di resort milik hapa saudara Badri. Namun, Badri masih teringat akan Nadira. Gadis itu datang bertemunya sebelum dia berlepas ke pantai timur. Kata Nadira, Shahrul ingin meminta maaf kepada Badri kerana dialah yang meletakkan telefon bimbit dalam beg sekolah Badri tempoh hari. Dia juga ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti lumba hurum. Akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Badri dan Siew Mei mendapat 9A dan Taufik mendapat 7A. Mereka berasa sangat gembira dan tidak sabar-sabar ingin memberitahu ibu bapa masing-masing. Badri ingin kembali bekerja di resort. Dia ingin memohon masuk ke IPT melalui internet.

Bab 22 Senja Belum Berlabuh: Badri telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Ireland. Dia berkuniung ke resort milik Jamil dan Taufik. Jamil mendedahkan rahsia kehilangannya dahulu. Dia telah dihantar oleh ibu bapanya untuk bersekolah di Sarawak. Tujuannya agar Jamil tidak terpengaruhi dengan gejala negatif di bandar. Shahrul dan Kumar membuka bengkel membaiki kenderaan setelah tamat pengajian di politeknik. Perniagaan mereka berjaya dan berkembang maju. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Cikgu Jailani telah bersara daripada jawatannya. Siew Mei juga telah tamat pengajian dalam bidang pergigian. Jamil bertanya sama ada Badri berminat untuk membuka klinik. Kata Badri, dia mahu berkhidmat di hospital kerajaan kerana mahu membalas budi. Dia telah melanjutkan pelajaran dengan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

No comments:

Post a Comment