Karangan Jenis Keperihalan/ Gambaran / Situasi
*Memerlukan kekuatan imaginasi dan
daya kreatif yang tinggi.
*Sesuatu yang ditulis itu mungkin
berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
SOALAN 1
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan
oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap
berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang
kamu saksikan itu.
Pengenalan
:
tinggal
sendirian / baca buku cerita
Perenggan
ke-2 :
mendengar
suara riuh-rendah / menjenguk ke luar / suatu kebakaran berlaku
Perenggan
ke-3 :
ramai
orang mula berkumpul / cuba membantu memadamkan kebakaran / membantu
memunggahkan barang
Perenggan
ke-4 :
aku
terus menelefon pihak bomba / ahli-ahli bomba tiba
Penutup
:
kebakaran
dapat dikawal / berasa sungguh gembira
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana
ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu,
saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta
tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya
dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah
berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada
yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau
api itu merebak ke rumah saya. Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
SOALAN 2
Anda dengan beberapa orang rakan sedang menuju ke sebuah pulau.
Dalam perjalanan, hujan lebat turun dan rebut melanda. Dengan tiba-tiba perahu
yang anda dan rakan-rakan anda naiki karam. Ceritakan pengalaman anda itu.
Pada suatu pagi yang
hening, aku dan rakan-rakanku menaiki perahu menuju ke Pulau Semalu untuk
mengail ikan. Perahu kami tenang melawan ombak kecil. Saleh dan Mahizan berada
di buritan perahu. Mereka bergilir-gilir mendayung perahu.
Jauh di kaki
langit, tompokan awan hitam berarak perlahan-perlahan. Kira-kira lima belas
minit kemudian, cuaca yang terang itu bertukar menjadi gelap. Hujan yang kasar
butirnya mula turun.
“Kayuh kuat lagi,
nanti dipukul ribut.” Aku memberikan arahan kepada Saleh dan Muhizan. Suaraku
yang cemas itu tenggelam dalam bunyi air hujan dan deru angin yang bertiup
liar.
Angin semakin
kencang dan ombak besar menyerbu. Perahu kami terumbang-ambing. Saleh dan
Mahizan mencuba sedaya upaya untuk mengawalnya. Aku pula sibuk menimba air
hujan yang seperti dituangkan kedalam perahu. Sesekali aku menyorot wajah
rakan-rakanku. Sambil mendayung perahu, mulut Sudin kumat-kamit. Agaknya dia
sedang membaca doa supaya kami selamat. Wajah Saleh pula pucat.
Tiba-tiba ombak
besar menerjah kami bagaikan kilat. Perahu kami pecah dua. Kami tercampak ke
dalam air yang bergelora dan digulung ombak hingga tenggelam seketika. Ketika
tenggelam itu aku terminum air masin. Cepat-cepat kakiku menendang dan tanganku
menguak air supaya aku cepat timbul.
Sebentar
kemudian muncul kepala Mahizan dan Saleh. Kami
bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan. Meskipun begitu, Mahizan
sempat menjerit kepada aku dan Saleh berpaut pada kepingan papan perahu yang
telah pecah tadi.
Kami hanyut
dibawa arus dalam keadaan saling berpegangan tangan. Entah beberapa kali kami
dilambung ombak yang datang begitu kuat itu. Ketakutan membalut seluruh hati
kami.
Ribut itu reda
setelah lima belas minit mengamuk. Kami letih dan lesu ketika itu dan hampir
berputus asa. Kelihatan di sekeliling kami hanya air laut yang kian tenang.
Tiba-tiba kakiku terpijak dasar laut. Kami berenang menuju ke pantai itu.
Sebaik-baik sahaja sampai si pantai itu, aku terbaring kerana terasa amat letih.
Saleh dan Mahizan pula terduduk di atas pasir.
Apabila hilang rasa letih baharulah
kami sedar bahawa kami berada di pantai tempat kami mula-mula bertolak tadi.
Kami menuju ke arah jeti. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana masih memanjangkan
umur kami.