Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Bak kata pepatah berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.
Terdapat pelbagai cara yang dapat diambil bagi mengatasi msalah kemalangan jalan raya ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengedarkan risalah atau pelekat kenderaan terutamanya kepada penunggang motosikal yang masih setahun jagung serta yang masih leka tentang pentingnya keselamatan diri ketika berada diatas jalan raya. Hal ini kerana, nyawa kita yang tidak ternilai harganya tidak dapat ditukar ganti. Janganlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Selain itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa hendaklah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik di seluruh pelosok dunia bagi mengawasi had kelajuan kenderaan yang dipandu mereka. Dengan adanya alat yang serba canggih ini, para pemandu dan penunggang yang menaiki kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan wajiblah membayar saman mereka seberapa banyak yang ditetapkan setelah menerima surat saman daripada pihak berkuasa.
Di samping itu, pengguna jalan raya juga harus dididik untuk mempunyai kesedaran tentang keselamatan jalan raya agar dapat mempunyai sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang pengguna jalan raya. Cara ini dapat diterapkan terutamanya dari kalangan remaja yang masih muda kerana bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kaedah ini boleh diperkenalkan melalui komunikasi awam seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya yang berkaitan dengan media massa. Sekolah memandu juga sedikit sebanyak dapat membantu pengguna lebih mahir dan cekap ketika berada di atas jalan raya supaya semuanya menjadi lebih muah, rapi dan teratur.
Secara intihanya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini. Kita hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat. Sebelum ‘kudis menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.
No comments:
Post a Comment