Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat berserta contoh.
Setiap novel mempunyai latar masyarakat. Novel Merenang Gelora mempunyai latar masyarakatnya yang tersendiri.
Antara latar masyarakat dalam novel tersebut termasuklah masyarakat pelajar sekolah. Contohnya, Badri dan kawan-kawannya Jamil, Kumar, Nadira, dan yang lain-lain yang sedang bersekolah dalam Tingkatan Lima serta akan mengambil peperiksaan SPM.
Masyarakat yang dikenali sebagai mat motor wujud juga. Latar masyarakat ini diwakili oleh Shahrul dan kawan-kawannya yang menyertai kumpulan mat motor. Mereka menunggang motosikal mereka dengan lajunya.
Latar masyarakat yang prihatin terhadap anak ditemukan juga dalam novel Merenang Gelora. Hal ini dibuktikan oleh sikap Encik Tan yang menghantar Meng Kong ke asrama agar anaknya itu lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya.
Demikianlah tiga latar masyarakat yang dapat ditemukan dalam novel Merenang Gelora.
MG : Latar Tempat
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga latar tempat berserta contoh yang berlaku di tempat tersebut.
Setiap novel mempunyai latar tempat. Novel Merenang Gelora mempunyai latar tempatnya yang tersendiri.
Dalam novel tersebut latar tempat, iaitu tandas sekolah telah dikenal pasti. Di tempat tersebutlah, Badri telah disiram sehingga basah kuyup oleh seseorang yang tidak dikenali.
Latar tempat yang lain yang diterangkan dalam novel tersebut ialah Kedai Encik Tan. Di kedai Encik Tanlah Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar yang dimiliki ayahnya. Hal tersebut terakam dalam CCTV di kedai tersebut.
Latar tempat yang lain ialah tempat di rumah Pak Alang. Di tempat itulah Badri belajar bersilat dan di situlah juga Mak alang memperkenalkan Nadira, iaitu anak buahnya kepada Badri.
Begitulah tiga latar tempat dan peristiwa yang berlaku di tempat-tempat tersebut.
No comments:
Post a Comment