Farouq: Selamat pagi, Encik Gunalan. Saya Farouq, wartawan majalah “SUKAN”. Terima kasih kerana Encik Gunalan sudi meluangkan ________ untuk ditemu ramah.
Encik Gunalan: Selamat pagi. Sebenarnya saya tidak mempunyai apa-apa program khusus pada petang ini. Oleh itu, saya ada sedikit masa __________. Walau bagaimanapun, terima kasih juga kerana _________ menemu ramah saya.
Farouq: Sama-sama. Baiklah, Encik Gunalan. Bagaimanakah Encik Gunalan mula-mula menceburkan ________ dalam lapangan badminton ini?
Encik Gunalan: Semuanya bermula ketika saya mula menuntut di sekolah rendah. Sekolah rendah saya telah menganjurkan suatu perlawanan badminton. Saya turut _____________ perlawanan tersebut atas dasar untuk suka-suka saja. Dengan tidak disangka-sangka, saya telah menjuarai perlawanan tersebut.
Farouq: Oh, nampaknya kejayaan yang tidak disangka-sangka pada mulanya telah ______________ kejayaan-kejayaan yang lain!
Encik Gunalan: Ya, begitu nampaknya. Kejayaan yang tidak disangka-sangka membuka _________ kepada saya dalam lapangan badminton seterusnya.
Farouq: Jadi, sudah berapa lama Encik Gunalan terlibat ______ sukan badminton ini?
Encik Gunalan: Lebih kurang 20 tahun. Saya mewakili negara selama lapan tahun. Kemudian, saya menjadi pengurus _________ negara lebih kurang 12 tahun.
Farouq: Apakah kejayaan yang telah dikecapi oleh Encik Gunalan setelah hampir 20 tahun berkecimpung dalam sukan badminton ini?
Encik Gunalan: Memang banyak kejayaan yang saya kecapi tetapi kejayaan yang paling besar adalah ketika ___________ Piala Terbuka China dan Denmark pada tahun 1983, 1984, dan 1985. Saya berasa amat bangga kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di ___________ dunia.
Farouq: Tahniah, Encik Gunalan! Saya percaya, terdapat kenangan pahit manis Encik Gunalan sebagai seorang juara sukan. Apakah kenangan paling manis yang pernah dialami oleh Encik Gunalan?
Encik Gunalan: Oh, memang banyak! Setiap kali menjadi juara merupakan kenangan manis bagi saya. Namun, kenangan paling manis saya ialah semasa saya dinobatkan sebagai “Tokoh Sukan Negara” pada tahun 1985. Saya tidak ____________ menyangka bahawa saya akan mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.
Farouq: Apakah rancangan Encik Gunalan selepas ini?
Encik Gunalan: Saya bercadang untuk membuka sebuah kelab badminton untuk mengajar dan melatih ___________ muda yang berminat dalam sukan badminton. Dengan cara ini juga masa lapang mereka tidak akan dihabiskan dengan sia-sia.
Farouq: Baguslah kalau begitu, Encik Gunalan. Saya berharap agar Encik Gunalan berjaya. Baiklah Encik Gunalan, terima kasih sekali lagi kerana _______ meluangkan masa bersama-sama saya untuk menjayakan sesi temu ramah ini.
Encik Gunalan: Ya, terima kasih kembali.