Monday, February 17, 2014

TBHS Kata Prafrasa & Pascafrasa

Kata Prafrasa & Kata Pascafrasa

 .Kata prafasa meliputi:
a)kata bantu
b)kata penguat
c) kata penegas
d)kata nafi
e)kata pemeri
f)kata sendi nama

a)Kata bantu:

- Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
- Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa hadapan (akan dan belum)
- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan
- Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat


b)Kata Penguat 

- perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh 
- contoh:
i. Pelajar itu sungguh rajin 
ii. Karangan Anita agak baik
iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.
iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah
   keluarganya di kampung

c)Kata Penegas


-sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian   
 tertentu dalam ayat.
-terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:


i.yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata
   penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah.
ii.yang menegaskan kedua-dua
   bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa
   predikat atau bahagian-bahagiannya.
iii.Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan 
   memang.

Contoh:
i. Itulah ibu pejabat persatuan kami
ii. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah

d)Kata Nafi

- Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut.
- Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.

Contoh:
i.Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i.
ii.Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.


e) Kata Pemeri 
- unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
- terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contoh:
   Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan.

2. Adalah, yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. 
    Contoh:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
i. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung 
    tersebut.

b) Dengan predikat frasa adjektif
ii. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.


f) Kata Sendi Nama
- perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
- contoh:
   di, ke, daripada, kepada, dari, pada.
   bagi, demi, untuk, tentang, seperti.
   umpama, sejak, terhadap, akan, oleh.
   hingga, untuk, antara, dengan, dalam.

g) Kata Bilangan
- sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
- contoh:
   dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh.


Kata Pascafrasa

- hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. 
- terdapat dua subjenis kata pascafrasa, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu:
1. kata penekan - yang memberikan penegasan
    contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata  
    nama.
    contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.    

TBHS Kata Praklausa

2) KATA PRAKLAUSA

Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,dan kata pangkal ayat.

Kata Seru
  • Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. 
Contoh kata: cis , amboi, wah, syabas dan aduh.

1. Cis, penakut rupanya!
2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).


Kata Tanya

  •  Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

Kata
Ayat tanya
Tanpa partikel "kah"
Dengan partikel "kah"
Ada
Tiada
Adakah cara saya ini betul?
Apa
Apa yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila
Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa
Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
Mana
Mana ibu?
Manakah ibu?
Siapa
Siapa nama jiran baru kamu?
Siapakah nama jiran baru kamu?

 
Kata Perintah
  •  Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. 
Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. 
Contoh ayat:
1.   Jangan ambil buku daripada almari itu.
2.   Sila masuk ke dewan sekarang juga.
            3.  Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan



Kata Pembenar  
  • Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.


Contoh kata: ya,betul,benar, dan sungguh




Kata Pangkal Ayat

  • Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama 
         
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 

Contoh ayat:
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala,ada seekor arnab ingin menunjukkan akan kehebatannya kepada seluruh haiwan rimba dengan mengajak seekor kura-kura untuk berlumba dengannya.

Thursday, February 13, 2014

KAJIAN PLOT ; definisi berkaitan

 KAJIAN PLOT definisi berkaitan ...
DEFINISI:

Teknik Plot -
Bermaksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot supaya ceritanya menjadi menarik.

Plot -
Bermaksud susunan peristiwa dalam sesebuah cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa itu mungkin disusun sama ada secara kronologi atau tidak kronologi. Plot ysang disusun secara kronologi akan mengikut urutan waktu,peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan
manakala peristiwa yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Dalam plot yang disusun secara tak kronologi pula, peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan.

Binaan plot -
Terdiri daripada eksposisi atau pengenalan,pertengahan dan akhiran.
Eksposisi ialah bahagian untuk memperkenalkan watak-watak,masalah dan konflik yang
wujud. Dalam bahagian pertengahan,konflik yang berlaku menjadi semakin rumit dan terpaksa dihadapi oleh watak-watak. Kerumitan itu menuju ke satu tahap yang dikenali sebagai klimaks atau puncak cerita. Pada tahap ini juga konflik akan menemukan penyelesaian lalu cerita itu akan bergerak ke bahagian akhir atau peleraian.

Imbas muka -
Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada  aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Teknik ini dapat mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan                        terhasil.

Saspens -
Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Konflik -
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam dalam kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik luaran merujuk kepada konflik  antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar. Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh  digambarkan melalui pertentangan pendapat,idea,sikap atau pemikiran. Konflik dalaman merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan.Cerita yang menonjolkan konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak.

Kejutan -
Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca,inilah kejutan.Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh . Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.

Dialog -
Percakapan atau pertuturan antara watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. Dialog dapat menggerakkan cerita.

Monolog -
Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian.Monolog lebih  merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan. Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa,ratapan, keluh kesah atau rayuan cinta.

Monolog dalaman -
Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.Teknik ini menjadi alat untuk  merakamkan isi hati,pergelokan batin,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan  dalam bentuk dialog atau monolog. Hanya terdapat dalam cerpen atau novel. Sifat-sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati,bersifat unsur pemikiran, bersifat menentang,bersifat psikologi,bersifat menetapkan azam,bersifat
ragu-ragu,bersifat takut,bersifat angan-angan,dan bersifat ego dan sebagainya. Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya,keluhnya, bisik hatinya dan sebagainya.

MG Teknik Plot

MG Teknik Plot
 i. Pemerian

Contoh : Badri tidak mengendahkan usikan adiknya.Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.

ii. Dialog
Contoh: “Kalau Badrul buat salah,abang jangab tangkap,” usik Badrul lagi.

 iii. Imbas kembali
Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv. Imbas Muka
Contoh : Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.
v. Saspens
Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi. Kejutan
Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang mereka tentang penjualan telefon bimbit.

vii. Monolog dalaman
Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

MG Binaan Plot

MG Binaan Plot 

I. PERMULAAN

• Pengarang memperkenalkan watak utama,Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah.
• Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abang tentang jawatan pengawas yang disandang oleh abangnya. Badri merasakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
• Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
• Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi punca perselisih antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

II. PERKEMBANGAN

• Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk mencari pelakunya dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru displin.
• Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
• Hubungan Badri dan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan kegiatan penjualan telefon bimbit tersebut.
• Shahrul dan rakan-rakan yang terlibat dengan kegiatan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
• Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit.
• Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.
• Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana Jamil merahsiakan lokasinya.
• Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan mula sikap. Begitu juga dengan Kumar yang insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
• Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Shahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan jalan raya.
• Badri dan Siew Mei mendapat 9A dan Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
• Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah rampasan telefon bimbit. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisplin dan memberi tumpuan terhadap pelajaran.
• Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua.

III. KLIMAKS

• Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap orang.
• Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong.Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
• Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila Cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
• Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

IV. PELERAIAN

• Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
• Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan perlancongan di UiTM.
• Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
• Jamil dan Taufik berkongsi perniagaan membuka resort di Terengganu.
• Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
• Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
• Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
• Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan akan mendatang.

Tuesday, February 4, 2014

SYAIR Li-Attar Ghib

Syair Li-Attar Ghib 



MAKSUD RANGKAP 
Rangkap
Maksud
1
Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.
2
Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.
3
Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.
4
Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.
5
Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.
6
Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira 
atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu 
dijaga agar tidak ditimpa kesusahan
7
Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia
8
Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.
 
TEMA
 
Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan 
melaluinya.

PERSOALAN
 
i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.
 
ii. Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama.
 
iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian
 
BENTUK

 
i. Mempunyai 8 rangkap.
 
ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
 
iii. Semua baris adalah maksud.
 
iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris
 
Contoh: wahai sayangnya akan saudara  (4 perkataan – rangkap 1)
 
Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan – rangkap 2)
 
Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan – rangkap 5)

 
v. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris
 
Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata – rangkap 8)
 
Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata – rangkap 5)
 
vi. Rima akhir ialah aaaa.
 
vii. Bentuk syair ialah terikat.
 
GAYA BAHASA
 
i. Asonansi - Pengulangan vokal a Contoh: sebab bersama-sama mengembara

 
ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah
 
iii. Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaansegala perkara
 
iv. Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya.
 
v. Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.
 
vi. Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik. Contoh: ayuhai.
 
vii. Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

 
NILAI
 
i. Nilai keinsafan. Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan,Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.
 
ii. Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia,Kerana ia muarinya anbia,Tuntut ilmu jangan sia-sia,Yang lain itu tinggal di dunia.
 
iii. Nilai kesabaran. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau 
kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya.  Contoh:Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.
 
PENGAJARAN
 
i. Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.
 
ii. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.
 
iii. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.
 

SYAIR Berbuat Jasa

Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3




MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.
2
Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.
3
Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.
4
Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
5
Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.
6
Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.
7
Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.


TEMA

Kepentingan berbuat jasa.


PERSOALAN

i. Keikhlasan dalam pengorbanan.

Contoh: Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya.

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian.

Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan  selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa  sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

BENTUK

i. Mempunyai 7 rangkap.

ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

iii. Semua baris adalah maksud.

iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.

Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1)

Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)

v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.

Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7)

Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)

vi. Rima akhir aaaa.

vii. Bentuk syair terikat.

GAYA BAHASA

i. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: buatlah jasa wahai teruna

ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama

iii. Sinkope – Pemendekan kata  Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamupadat berdentung.

iv. Inversi – Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma  sepatutnya jangan percuma hidup manusia

v. Diksi – Penggunaan Bahasa Arab  Contoh: Tuhan Rabbani

vi. Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelita

vii. Kata Ganda –  Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji

viii. Repitisi – Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.


NILAI

i. Nilai keikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan.

ii. Nilai mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang.

iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian.


PENGAJARAN

i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan.

ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.

iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan.